Close

Apple tidak akan melancarkan iPhone SE 2024

Apple dijangka akan melancarkan iPhone SE yang seterusnya pada 2024. Tetapi, perkara tersebut dikatakan tidak akan berlaku.

[Update] Qualcomm is the biggest winner of Apple’s cancelation of 2024 iPhone SE 4 / Qualcomm為Apple取消2024 iPhone SE 4的最大贏家https://t.co/5gSCGT7dAK

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) January 6, 2023

 

Menurut pakar tiris Ming Chi-Kuo, Apple dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada pembekal untuk membatalkan semua rancangan pengeluaran dan penghantaran untuk iPhone SE 2024. Arahan tersebut jelas menyatakan yang iPhone SE 2024 dibatalkan dan bukannya ditangguhkan.

Antara sebab utama Apple membatalkan pengeluaran iPhone SE 2024 adalah kerana kebimbangan mengenai prestasi cip in-house Apple tidak setanding dengan cip yang dihasilkan oleh Qualcomm. Pada peringkat awal,  Apple merancang untuk menggunakan cip in-house mereka sendiri pada iPhone SE 2024 sebelum memutuskan untuk menggunakan pada iPhone 16.

Dengan pembatalan cip in-house Apple untuk iPhone SE 2024, Qualcomm akan terus kekal menjadi pembekal eksklusif untuk Apple.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN