Antaranya model yang dijual adalah iPhone 13 Mini, iPhone 13 Pro dan juga iPhone 13 Pro Max. Walaubagaimanapun, buat masa ini ia hanya tersedia di beberapa negara sahaja seperti Jerman, Itali, United Kingdom dan Sepanyol.
Semua model yang diperbaharui ini disertakan dengan kotak, aksesori lengkap, kerangka baharu dan juga bateri baharu. Selain itu, ia turut mempunyai jaminan selama setahun dan juga pelan AppleCare+.
Menurut Apple, semua model yang diperbaharui telahpun diuji dengan ketat dan dibersihkan dengan teliti untuk menjadikan ia seperti telefon baharu.
Siri iPhone 13 telahpun dilancarkan pada September 2021, ditawarkan dalam empat varian iaitu iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone13 Pro Max. Pada ketika ini, Apple masih lagi menawarkan unit baharu untuk model iPhone 13 dan iPhone 13 mini.