Close

Apple Mac Mini 2023 turut dilancarkan dengan harga bermula RM2499

Selain dari mengumumkan MacBook Pro 2023, Apple turut mengumumkan Mac Mini 2023 yang juga ditawarkan dengan dua pilihan cip baru.

Melaluinya, Mac Mini 2023 kini hadir dengan dua pilihan cip iaitu M2 dan M2 Pro. Menawarkan peningkatan prestasi CPU dan GPU yang lebih baik dan mampu untuk melakukan tugas yang lebih berat seperti menyunting video, pengaturcaraan dan lain-lain.

Selain itu, Mac Mini 2023 ini juga dikatakan menyokong sehingga 3 paparan serentak pada M2 Pro dan 2 paparan serentak pada M2 dengan resolusi 6K 60Hz. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti WiFi 6E, Bluetooth 5.3, bicu audio 3.5mm, Thunderbolt 4 dan 2x port USB A.

Di Malaysia, Mac Mini 2023 dijual pada harga bermula RM2499 untuk cip M2 dan bemula RM5599 untuk cip M2 Pro.

ARTIKEL BERKAITAN