Close

Apple Mac Pro baharu tidak lagi menyokong naik taraf RAM

Apple dijangka akan melancarkan Mac Pro baharu pada tahun ini. Menurut beberapa laporan, Mac Pro baharu akan hadir dengan rekaan yang sama tetapi, dengan spesifikasi yang berbeza.

Namun begitu, terdapat laporan yang kurang enak mengenai Mac Pro baharu. Menurut Bloomberg, Mac Pro baharu yang akan dilancarkan tidak lagi membolehkan kapasiti RAM dinaik taraf oleh pemiliknya sendiri seperti mana pada model sebelumyan iaitu Mac Pro 2019.

Laporan ini pasti mengecawakan bakal pengguna Mac Pro 2023. Sebab utama kapasiti RAM tidak boleh dinaiktaraf oleh pemilinya sendiri adalah kerana penggunan Apple Silicon yang mana kesemua komponen dimuatkan dalam cip M2 Ultra dan ianya tidak boleh ditanggalkan.

Walaubagaimanapun, perkakasan lain seperti kad Grafik, media, kad rangkaian internet dan storan SSD masih boleh diganti atau dinaiktaraf.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN