Close

Apple MacBook Pro 2023 dilancarkan dengan harga mencecah RM26,799

Bersama dengan pengumuman cip pemprosesan baharu M2 Pro dan M2 Max, Apple turut mengumumkan MacBook Pro 2023 yang dikemaskini dengan kedua-dua cip tersebut.

Melaluinya, Apple kini menawarkan MacBook Pro dengan dua pilihan cip iaitu M2 Pro dan M2 Max dan dua pilihan skrin iaitu 14-inci dan juga 16-inci. Kedua-dua komputer riba ini menggunakan skrin Liquid Retina XDR dengan kecerahan puncak sehingga 1600 nits. 

Kedua-dua komputer riba ini menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 20% pada CPU dan 30% pada GPU dan turut hadir dengan Neural Engine 16-teras baharu yang lebih pantas dari model sebelumnya. Selain hadir dengan cip yang berkuasa, MacBook Pro 2023 ini dikatakan mempunyai ketahanan bateri yang lebih baik iaitu sehingga 22 jam.


Untuk spesifikasi lain, MacBook Pro 2023 ini hadir dengan Thunderbolt 4, slot kad SDXC, Wi-Fi 6E, HDMI dengan sokongan paparan 8K/60Hz atau 4K/240Hz dan juga port pengecasan MagSafe 3.

Di Malaysia, MacBook Pro 14-inci dijual pada harga bermula RM8799 untuk cip M2 Pro dan bermula RM13,199 untuk cip M2 Max. Manakala untuk MacBook Pro 16-inci, ia dijual pada harga bermula RM10,799 untuk cip M2 Pro dan bermula RM14,799 untuk cip M2 Max.

ARTIKEL BERKAITAN