Close

Apple mungkin hadir dengan AirPods yang lebih mampu milik

Apple mempunyai beberapa pilihan TWS iaitu AirPods, AirPods Pro dan AirPods Max. Di antara ketiga-tiga, paling popular adalah AirPods yang mana harga jualanya adalah bermula dari RM629 untuk generasi ketiga. 

Biarpun, AirPods adalah model paling popular. Tetapi, dari segi harga jualan ia dilihat lebih mahal berbanding pesaing lain. Berikutan dari itu, Apple dilaporkan akan melancarkan AirPods yang lebih mampu milik yang akan dipanggil sebagai “AirPods Lite”.
Antara sebab utama Apple merancang untuk menawarkan AirPods lebih mampu milik adalah kerana, permintaan AirPods dijangka akan menurun menjelang 2023 dan juga permintaan AirPods 3 yang dilihat kurang mendapat sambutan.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat yang dikongsi mengenai spesifikasi dan fungsi yang akan di gunakan pada AirPods Lite. Dari segi harga jualan, ia mungkin akan dijual pada harga sekitar $129 (RM567).

ARTIKEL BERKAITAN