Close

Apple Music dan Apple TV versi percubaan kini tersedia pada Windows 11

Apple sebelum ini mengumumkan yang Apple Music dan Apple TV akan tersedia pada Microsoft Store menjelang tahun 2023.

Sehubungan dengan itu, Apple hari ini telahpun mengeluarkan versi percubaan untuk kedua-dua aplikasi iaitu Apple Music dan Apple TV pada windows 11. Namun begitu, versi percubaan ini masih lagi tidak stabil dan kebanyakkan fungsi mungkin tidak dapat digunakan. 

Apple turut mengingatkan pengguna mengenai kemungkinan aplikasi iTunes termasuk audibooks dan podcast tidak dapat dilancarkan sekiranya memasang salah satu dari aplikasi tersebut.

Kedua-dua aplikasi tersebut buat masa ini tidak boleh dimuat turun secara umum melalui Microsft Store. Sebaliknya, perlu dimuat turun dan dipasang secara manual. Sekiranya, anda ingin mencuba tekan pautan Apple TV dan Apple Music untuk mula muat turun aplikasi tersebut.

Selain Apple TV dan Apple Music,  aplikasi Apple Devices juga dijangka bakal hadir pada Microsoft Store yang  membolehkan pengguna menguruskan produk Apple dengan menggunakan PC Windows.

ARTIKEL BERKAITAN