Close

Apple tidak akan membawakan perubahan ketara pada iOS 17

Kemaskini iOS 17 untuk iPhone bukan lagi keutamaan kepada Apple, yang mana keutamaan Apple pada ketika ini adalah kepada pembangunan set kepala AR/VR pertama mereka.


Sumber : Antonio De Rosa

Menurut Bloomberg, Apple ketika ini lebih memfokuskan kepada pembangunan sistem operasi xrOS yang akan digunakan pada set kepala AR/VR pertama mereka. Dalam masa yang sama, Apple ingin memastikan yang pembangunan set kepala AR/VR dan sistem operasi xrOS mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Bukan iOS 17 sahaja yang akan terkesan dengan pembangunan set kepala AR/VR, iPadOS 17 dan macOS 14 dengan kod nama Sunburst juga dikatakan menerima nasib yang sama. Pada peringkat awal, iOS 17 dan macOS 14 dijangka akan hadir dengan perubahan yang lebih ketara bersama dengan fungsi baharu. Namun, perkara tersebut nampaknya tidak akan berlaku.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN