Close

Apple Watch mungkin diharamkan di Amerika Syarikat

Pertikaian hak pada salah satu paten oksimeter antara Masimo dan Apple telah diputuskan yang mana Hakim Amerika Syarikat mendapati Apple telah melanggar hak paten oksimeter yang dipegang oleh Masimo untuk digunakan pada Apple Watch.

Berikutan dari keputusan itu, Apple akan berdepan dengan tindakan yang menyebabkan Apple Watch Series 6 dan ke atas diharamkan di Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, pihak Apple telah mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan menanti semakan penuh dari Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (USITC).


Tuntuan awal Masimo Corp bermula pada tahun 2020 selepas Apple merekrut salah seorang eksekutif Masimo, dalam masa yang sama menyatakan Apple telah menggunakan paten mereka tanpa lesen.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN