Astro beri 10 saluran percuma sehingga 31 Januari 2023 - FUZZ.MY

Monday, January 16, 2023

Astro beri 10 saluran percuma sehingga 31 Januari 2023


Bermula dari 15 hingga 31 Januari 2023, Astro menawarkan tontonan percuma kepada semua pelanggan untuk 10 saluran terpilih melalui Astro TV atau Astro Go.


 

10 saluran yang diberikan tontonan percuma ialah DreamWorks (Ch622), tvN HD (Ch395), BOO HD (Ch404), Showcase Movies (Ch413),  CBeebies (Ch620), CNN HD (Ch511), BBC World News HD, (CH512),  Love Nature (Ch558) dan juga Global Trekker (Ch559).


Tontonan percuma ini diberikan bersempena dengan kemenangan Anugerah Putra Brand 2022 yang dimenangi oleh Astro baru-baru ini. Selain itu, Astro turut memberikan diskaun RM12 untuk pelanggan GoShop dengan pembelian RM120 dan ke atas melalui kod Promo PUTRA12. Tawaran ini hanya terhad sehingga 3 Februari 2023.