Close

Bill Gates bukan lagi pengguna Samsung Galaxy Z Fold3

Bill Gates sebelum ini mendedahkan yang beliau adalah pengguna peranti boleh-lipat Samsung iaitu Galaxy Z Fold3 dan bukannya Surface Duo.


Terkini, melalui sesi yang sama Reddit AMA. Gates berkongsi yang beliau kini menggunakan Samsung Galaxy Z Fold4. Yang mana peranti tersebut dihadiahkan oleh pengerusi Samsung Korea Selatan, Lee Jay-Yong.

Gates menyatakan yang beliau lebih gemar untuk menggunakan Galaxy Z Fold4 untuk mengakses Outlook dan perisian Microsof lain berbanding tablet kerana skrin yang besar. Dalam masa yang sama, beliau turut menggunakan PC mudah alih Windows iaitu Surface Studio untuk kegunaan di pejabat.

Sebab lain Gates memilih Galaxy Z Fold4 adalah kerana beliau terlibat dalam beberapa penyelidikan dan juga rancangan produk Microsoft. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN