Close

BMW i Vision Dee – Kereta elektrik yang boleh bercakap dan berinteraksi dengan pemandu

Sumber : CES

Pada acara CES 2023, BMW telah memperlihatkan kereta konsep BMW i Vision Dee yang mana kereta elektrik ini mempunyai kemampuan untuk bercakap dan berinteraksi dengan pemandu.

BMW i Vision Dee adalah sebuah kereta sedan dengan rekaan yang minimal. Dimuatkan dengan beberapa ciri digital seperti augmented reality dan juga voice-driven virtual assistants. Kereta konsep ini juga menawarkan keupayaan untuk mencipta profil pemandu dan mampu untuk menukar warna kereta sehingga 32 warna.

Dalam masa yang sama, BMW turut memperlihatkan pelbagai lagi ciri yang ada pada i Vision Dee. Namun, menurut BMW ciri tersebut tidak akan tersedia pada tahun 2023. Sebaliknya, ia adalah salah satu perkembangan dalam industri automotif yang kini menuju kepada teknologi digital secara sepenuhnya.

Seperti kereta konsep sebelum ini iaitu BMW i Vision 2021, i Vision Dee juga adalah sebuah kereta konsep yang diperlihatkan sebagai salah satu teknologi yang berpotensi untuk digunakan pada masa akan datang. BMW juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pengeluaran model tersebut. Namun, rekaan tersebut mungkin akan digunakan pada model yang akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN