Close

Ciri “Voice Note” pada status kini tersedia untuk pengguna WhatsApp Beta


Sebelum ini, WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri baharu iaitu voice note pada status. Melalui ciri ini, ia membenarkan pengguna merakam suara (voice note) dan menghantarnya pada status.



Terkini, ciri tersebut dilaporkan telah tersedia kepada beberapa pengguna WhatsApp Beta menerusi kemas kini terbaru iaitu 2.23.2.8. Ciri ini boleh diakses melalui butang khusus yang terletak di bahagian bawah. Namun begitu, ciri ini hanya membenarkan rakaman suara selama 30 saat dan akan hilang secara automatik selepas 24 jam atau ia boleh padam secara manual.

Selain itu, pengguna juga boleh memadam atau membuang rakaman suara sebelum berkongsi pada status. Seperti ciri lain, ciri ini juga turut mempunyai penyulitan hujung ke hujung dan mengikut kepada tetapan privasi pengguna.

Buat masa ini ciri ini hanya tersedia untuk pengguna WhatsApp Beta sahaja. Walaubagaimanapun, ciri dijangka akan tersedia untuk semua pengguna tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN