Close

Cukai 10% akan dikenakan untuk pembelian barang import dalam talian bawah RM500


Kerajaan Malaysia akan melaksanakan cukai jualan sebanyak 10% terhadap barang-barang bernilai rendah (LVG) berharga bawah RM500 yang dijual dalam talian dan dihantar dari luar negara kepada pelanggan di Malaysia.


Perlaksanaan ini merangkumi kawasan tanpa cukai seperti Langkawi, Tioman, Pangkor, Pulau Labuan serta kawasan khas seperti zon bebas melalui darat, laut atau udara. Harus diingatkan, cukai jualan 10% ini hanya dikenakan untuk barang bernilai rendah yang dibeli secara dalam talian di luar negara dengan harga bawah RM500 bermula 1 April 2023.


Sebagai contoh, sekiranya anda membeli barang dari luar negara dengan harga RM450 dan terdapat caj penghantaran sebanyak RM10 anda hanya perlu membayar RM460. Namun selepas 1 April 2023, senario sedikit berbeza yang mana anda perlu membayar RM450 + RM45 (10% cukai jualan) + RM10 caj penghantaran menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM505.

Sekiranya, anda membeli sebelum 1 April 2023 dan barang dihantar selepas 1 April 2023 cukai jualan sebanyak 10% tidak akan dikenakan. 

Cukai jualan ini hanya akan dikenakan pada semua barangan (LVG) yang dibeli dalam talian. Tetapi, barangan atau produk dalam talian dibawah RM500 seperti rokok, produk tembakau, rokok paip, rokok elektronik dan vape, cecair atau gel bukan nikotin yang digunakan pada e-rokok atau peranti vape serta arak tidak akan dikenakan cukai jualan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN