Close

Cukai jalan kereta elektrik – Ini yang perlu anda tahu…

Kerajaan telah mengumumkan pengecualian cukai jalan untuk kereta elektrik (EV) dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025. Pengecualian ini hanya melibatkan kereta yang dipacu dengan sumber elektrik (EV), tidak tertakluk kepada kenderaan hibrid yang masih mempunyai enjin petrol/diesel.

Namun begitu, selepas tamatnya pengecualian cukai untuk kereta elektrik (EV). Pengguna perlu bersedia untuk mula membayar cukai bermula dari 2026 dan seterusya. Kerajaan telahpun mengeluarkan garis panduan untuk pembayaran cukai bagi kereta elektrik.

Kenderaan persendirian dengan kuasa motor di bawah 80 kW :

  • 50 kW dan ke bawah – RM20
  • Di atas 50 kW hingga 60 kW – RM42.50
  • Di atas 60 kW hingga 70 kW – RM50
  • Di atas 70 kW hingga 80 kW – RM60

EV dengan kuasa motor melebihi 80 kW :
  • Atas 80 kW hingga 90 kW – RM160; RM0.32 sen bagi setiap tambahan 0.05 kW (50 watt) dari 80 kW
  • Atas 90 kW hingga 100 kW – RM224; RM0.25 sen bagi setiap tambahan 0.05 kW (50 watt) dari 90 kW
  • Atas 100 kW hingga 125 kW – RM274; RM0.50 sen bagi setiap tambahan 0.05 kW (50 watt) dari 100 kW
  • Atas 125 kW hingga 150 kW – RM524; RM1.00 bagi setiap tambahan 0.05 kW (50 watt) dari 125 kW
  • Atas 150 kW – RM1,024; RM1.35 bagi setiap tambahan 0.05 kW (50 watt) dari 125 kW

Hasil kiraan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kereta elektrik.
Sumber : Paultan.org
Berdasarkan dari kiraan yang dibuat, cukai jalan kereta elektrik paling rendah adalah Zen R110 dengan RM72 dan paling tinggi adalah Taycan Turbo S dengan RM12,094.
Sekiranya anda bercadang untuk menggunakan kereta elektrik pada masa akan datang. Perkongsian ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN