Close

DJI RS 3 Mini kini rasmi di Malaysia dengan harga jualan RM1549


DJI kini sedia untuk menawarkan gimbal baharu iaitu RS 3 Mini untuk pasaran tempatan. Seperti namanya, peranti ini adalah lebih ringan dan lebih kompak berbanding model dalam siri yang sama.

DJI RS 3 Mini mempunyai berat sekitar 795g iaitu 50% lebih ringan dari RS 3 Pro dan mampu menampung berat sehingga 2kg. Selain itu, ia juga mempunyai sokongan plat dwi-lapisan baharu dengan keupayaan quick-release.

Dari segi penstabilan, RS 3 Mini menggunakan penstabilan tiga paksi bermotor dan algoritma generasi ketiga yang mampu memberi tahap kestabilan yang lebih baik. Terdapat juga fungsi Bluetooth Shutter Control yang boleh digunakan secara automatik apabila peranti diaktfikan. Ia juga boleh digunakan sebagai butang kawalan zum dan sebagainya.

Pada RS 3 Mini turut dilengkapi dengan skrin bersaiz 1.4-inci dengan butang M. Yang mana, butang M ini boleh digunakan untuk menukar pilihan mod. Ia juga boleh digunakan dengan pelbagai aksesori seperti mikrofon, lampu dan lain-lain. Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 10 jam dan memerlukan 2.5 jam pengecasan untuk satu isian penuh.

Bagi yang berminat, DJI RS 3 Mini dijual pada tanda harga RM1549. Boleh didapati di semua pengedar rasmi DJI atau melalui kedai rasmi atas talian di Shopee dan Lazada.

ARTIKEL BERKAITAN