Close

Elon Musk merupakan manusia pertama rugi RM880 Billion dalam masa 2 hari


Siapa yang tidak mengenali Elon Musk, yang mana beliau pernah menjadi manusia terkaya di dunia, merupakan pemilik kepada Tesla dan juga Twitter. 


Terkini, menurut Indeks Bilionair Bloomberg. Elon Musk merupakan manusia pertama dalam sejarah yang mencatat kerugian sekitar AS$200 bilion (RM880 bilion) daripada nilai kekayaannya.


Kekayaan Elon Musk mula menjunam kepada AS$137 bilion (RM603 bilion) setahun yang lalu apabila saham Tesla merosot 65%. Keadaan menjadi semakin buruk apabila saham Tesla terus merosot berikutan lonjakkan kes COVID-19 yang melanda China menyebabkan Tesla terpaksa menghentikan pengeluaran di Shanghai.


Elon Musk kehilangan gelaran sebagai manusia paling kaya di dunia bulan lalu, yang mana manusia terkaya di dunia kini dipegang oleh Bernard Arnault yang merupakan CEO kepada barangan mewah Louis Vuitton (LVMH) dengan kekayaan sekitar $188 bilion. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN