Close

Facebook dilaporkan dengan sengaja menyebabkan bateri peranti cepat habis

Tidak dapat dinafikan yang aplikasi Facebook merupakan salah satu aplikasi yang paling banyak menggunakan bateri berbanding aplikasi lain.
Menurut bekas pekerja Facebook iaitu George Hayward, mendakwa yang Facebook secara sengaja melakukan ujian yang menyebabkan bateri peranti pengguna cepat habis.
Ujian yang dipanggil sebagai “negative testing” membenarkan Facebook untuk menjalankan pelbagai ujian secara senyap yang menyebabkan bateri peranti habis lebih cepat dan boleh membahayakan pengguna.
Disebabkan ujian tersebut memberi kesan yang buruk, Hayward memilih untuk tidak melakukan ujian tersebut menyebabkan beliau telah dipecat. Berikutan dari itu, Hayward melakukan tuntutan saman ke atas Facebook. Namun, saman tersebut terpaksa ditarik balik atas alasan perlu melalui peringkat timbang tara. Biarpun begitu, Hayward masih kekal dengan dakwaan beliau ke atas Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN