Close

Fungsi ECG dan pemantauan tekanan darah kini tersedia untuk pengguna Samsung Galaxy Watch 5 di Malaysia

Berita gembira untuk pengguna Samsung Galaxy Watch 5 dan Watch 5 Pro di Malaysia. Yang mana, fungsi ECG dan pemantauan tekanan darah kini boleh digunakan di Malaysia selepas mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA).

Berikutan dari itu, Samsung telahpun melepaskan kemas kini aplikasi tebaru iaitu Samsung Health Monitor Blood Pressure untuk membolehkan fungsi tersebut digunakan.


Fungsi ECG membolehkan pengguna untuk mengukur dan memeriksa aktiviti jantung. Aktviti ini dilakukan oleh penderia yang dipasang pada kulit untuk mengesan isyarat elektrik yang dihasilkan oleh jantung setiap kali ia berdegup dan maklumat tersebut direkodkan pada graf.

Sementara fungsi pemantauan tekanan darah adalah untuk mengukur tekanan dalam arteri semasa jantung mengepam, yang mana ia juga dilakukan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan kesihatan rutin atau sebagai saringan untuk hipertensi.

Selain itu, terdapat juga fungsi Body Composition. Membolehkan pengguna mengukur peratusan lemak badan, jisim otot dan juga peratusan air dalam badan.

Namun begitu, untuk mula menggunakan fungsi tersebut, pengguna harus mengemaskini aplikasi kepada yang terkini terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN