Close

Google buang 12000 pekerja di seluruh dunia

Berikutan dari kemelesatan ekonomi sedang melanda dunia, syarikat induk Google iaitu Alphabet Inc telah membuang 12000 atau 6% tenaga pekerja mereka.

Menurut Sundar Pichai yang merupakan Ketua EKsekutif Alphabet, langkah pemberhentian ini diambil selepas melakukan penstrukturan semula berskala besar. 


It’s hard for me to believe that after 20 years at #Google I unexpectedly find out about my last day via an email. What a slap in the face. I wish I could have said goodbye to everyone face to face.
#layoffs

— Jeremy Joslin (@jcj) January 20, 2023

 

Pemberhentian tersebut melibatkan sektor seperti pegawai korporat, jurutera, pakar produk dan perekrut. Notis pemberhentian diberi menerusi e-mel kepada kakitangan syarikat tersebut.

Dalam masa yang sama, Pichai menyatakan perubahan ini akan memberi kesan kepada Google dan beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan yang diambil.


Tindakan pemberhentian pekerja ini turut melibatkan beberapa lagi syarikat teknologi lain seperti Amazon dengan 18000 pekerja, Facebook dengan 11000 pekerja dan Microsoft dengan 10000 pekerja. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN