Close

GoPro HERO11 Black Mini kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM1979


GoPro kini sedia menawarkan HERO11 Black Mini untuk pasaran tempatan. Seperti namanya, kamera aksi ini adalah lebih kompak dan lebih ringan berbanding HERO11 Black.


HERO11 Black mini dilengkapi dengan sensor kamera iaitu 24.7MP yang turut menyokong resolusi rakaman sehingga 5.3K pada nisbah 8:7 dan juga hadir dengan warna 10-bit. Menggunakan Bateri Enduro 1500mAh dengan berat sekitar 133g.



Untuk mod rakaman, ia hadir dengan beberapa mod seperti  TimeWrap 3.0, HyperView, Night Effect dan Horizon Lock. Selain itu, mod HyperSmooth kini ditambah-baik dengan menyokong Auto Boost untuk kestabilan pergerakkan yang lebih lasak. Tidak ketinggalan, ia turut menyokong rakaman video pada resolusi 5K 60fps dan 4K 120fps.



Bagi yang berminat, GoPro HERO11 Black Mini dijual pada harga RM1,979. Boleh didapati melalui kedai rasmi dalam talian Shoppe atau Lazada. GoPro turut menawarkan HERO11 Black dengan harga bermula pada harga RM2,399.

ARTIKEL BERKAITAN