Close

Grab umumkan kadar tambang baharu untuk Lembah Klang

Grab hari ini mengumumkan kadar tambang baharu untuk kawasan Lembah Klang, kerana sering mengambil masa yang terlalu lama untuk jarak yang singkat disebabkan oleh kesesakan lalu lintas.

Berikutan dari itu, Grab mengambil langkah yang lebih ketara untuk memastikan bayaran yang lebih bersesuaian diterima oleh pemandu.

Berdasarkan dari kadar tambang baharu, dapat dilihat yang tambang per minit diubah dari RM0.20 menjadi RM0.43, manakala tambang per km dari RM0.70 menjadi RM0.25. 

Secara kasarnya, tambang yang akan diterima adalah lebih kurang sama, namun menjadi semakin mahal apabila berada pada waktu puncak.

Selain dari kadar tambang baharu, Grab turut memperkenalkan beberapa insentif baharu untuk pemandu seperti Far Pickup Bonus dan juga Hourly Cashback.
Kadar tambang baharu ini hanya tertakluk kepada pengguna di Lembah Klang sahaja, tidak terkesan pada tambang lain termasuklah tambang untuk KLIA. Kadar tambang baharu ini berkuatkuasa bermula hari ini. Untuk maklumat lebih lanjut layari laman web Grab.

ARTIKEL BERKAITAN