Close

Harga jualan siri Samsung Galaxy S23 tetiris sebelum pelancaran

Samsung telahpun menjadualkan acara pelancaran bagi siri Samsung Galaxy S23 yang akan berlangsung pada 2 Febuari 2023. Pelbagai laporan mengenai siri Samsung Galaxy S23 telahpun tertiris antaranya spesifikasi dan juga rekaan.

Terkini, harga jualan untuk siri Samsung Galaxy S23 telah tertiris yang memperlihatkan harga jualan sedikit lebih mahal berbanding harga jualan siri Samsung Galaxy S22.

Harga jualan untuk model Samsung Galaxy S23 akan bermula pada harga $799 (RM3541) untuk 8GB+128GB dan $849 (RM3672) untuk 8GB + 256GB. Sementara untuk model Samsung Galaxy S23+ pula ia akan dijual pada harga $999 (RM4322) untuk 8GB + 256GB dan $1049 (RM4536) untuk 8GB + 512GB.

Manakala untuk model paling premium, iaitu Samsung Galaxy S23 Ultra ia akan dijual pada harga $1249 (RM5402) untuk 8GB + 256GB , $1349 (RM5833) untuk 12GB + 512GB dan $1499 (RM6483) untuk 12GB + 1TB.

Peningkatan harga paling ketara dapat dilihat pada Samsung Galaxy S23 Ultra dengan perbezaan RM300. Sebelum ini, harga jualan siri Samsung Galaxy S22 di Malaysia adalah bermula dari RM3499 untuk Samsung Galaxy S22, RM4099 untuk Samsung Galaxy S22+ dan RM5099 untuk Samsung Galaxy S22 Ultra. 

Namun begitu, laporan ini masih lagi terlalu awal untuk disahkan dan mungkin terdapat perubahan untuk harga jualan di Malaysia kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN