Close

HSBC kini menyokong pembayaran melalui Apple Pay


Apple Pay
 telahpun tiba di Malaysia pada Ogos tahun lalu, membolehkan pengguna melakukan pembayaran menggunakan peranti Apple seperti iPhone, iPad, Mac ataupun Apple Watch. Antara bank yang menyokong pembayaran melalui Apple Pay adalah Maybank, Ambank, dan juga Standard Chartered.


Terkini, HSBC Malaysia dilihat turut menyokong pembayaran melalui Apple Pay. Tersedia untuk semua pengguna kad kredit HSBC, sama ada Mastercard atau Visa. Selain itu, pembayaran ini juga tersedia untuk pemilik kad kredit Amanah HSBC Islamik dan juga HSBC konvensional.

Sehubungan dengan itu, HSBC menawarkan pulangan tunai sebanyak RM30 kepada semua pengguna mereka yang melakukan sekurang-kurangnya 5 transaksi  mengggunakan Apple Pay dengan jumlah minimum RM50 dalam setiap transaksi. Promosi ini bermula dari 10 Januari sehingga 31 Mei 2023.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN