Close

Huawei umumkan program “Trade-In” dengan nilai sehingga RM2488

Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, Huawei Malaysia mengumumkan program Trade-In dengan nilai mencecah sehingga RM2488 untuk peranti lama.



Antara peranti yang disenaraikan untuk program trade-in ini adalah seperti Mate20 Pro dengan nilai RM706, Mate30 Pro dengan nilai RM1644 dan Mate40 Pro dengan nilai RM2488.


Bagi yang berminat dengan program ini, anda boleh pergi ke 13 kedai rasmi Huawei seperti di Pavilion Bukit Jalil, IOI City Mall, The Gardens, Suria KLCC, AEON Maluri, MyTown, Mid Valley, Sunway Velocity, Sunway Pyramid, The Mines, Paradigm Mall, Setia City dan AEON Bukit Tinggi. Program ini bermula dari 17 Januari sehingga 5 Februari 2023.

ARTIKEL BERKAITAN