Close

Ini sebab kenapa kad Visa TNG tidak boleh digunakan untuk pembayaran tol

Touch ‘n Go telahpun melancarkan kad prabayar pertama mereka dengan kerjasama Visa dan ianya diintergrasikan dengan TNG eWallet.

Namun begitu, kad prabayar Visa ini tidak boleh digunakan untuk pembayaran pengangkutan awam, tol dan tempat letak kereta. Perkara tersebut disahkan oleh pihak TNG.

Ini disebabkan oleh percanggahan teknologi, yang mana TNG NFC dan Visa Wave adalah dua teknologi yang berbeza dan ianya tidak boleh digabungkan dalam satu kad yang sama. 

Menurut TNG, versi pertama kad prabayar Visa ini mempunyai kedua-dua teknologi NFC dan Visa Wave. Namun, apabila ia digabung terdapat masalah untuk digunakan membuatkan sokongan pembayaran TNG tidak dapat disertakan pada kad tersebut.

Berikutan masalah itu, TNG terpaksa untuk membatalkan rancangan tersebut buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN