Close

Instagram perkenal fungsi baharu “Quiet Mode”

Instagram hari ini memperkenalkan fungsi baharu yang dipanggil sebagai “Quite Mode”. Fungsi ini membolehkan penggunaan untuk mengehadkan penggunaan aplikasi sekaligus dapat memberikan tumpuan lebih kepada perkara lain.


Apabila fungsi ini diaktifkan, pengguna tidak akan menerima sebarang notifikasi dalam masa yang sama aktiviti profil akan berubah dan DM (Direct Message) akan dibalas secara automatik. Pengguna juga boleh menetapkan masa untuk mengaktifkan fungsi ini secara automatik.


Selepas fungsi ini dinyahaktif, pengguna akan menerima notifikasi yang ringkas dan mudah  untuk mengikuti pelbagai maklumat yang terlepas. 

Namun begitu,  fungsi ini hanya tersedia untuk pengguna Amerika Syarikat, United Kingdom, Ireland, Kanada, Australia dan juga New Zelaland. Fungsi ini dijangka akan diberikan kepada lebih pengguna dari masa ke semasa.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN