Close

Intel dilaporkan sedia untuk melabur RM30 Billion di Malaysia

Intel dilaporkan sedia untuk melabur RM30 billion di Malaysia dalam usaha mereka untuk mengembangkan lagi operasi mereka di Kedah dan Pulau Pinang.


Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz selepas mengadakan pertemuan bersama Keyvan Esfarjani yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Global Intel. Pertemuan tersebut membincangkan mengenai prospek peningkatan pelaburan Intel di Malaysia.

Melalui pelaburan tersebut, ia akan mewujudkan 4000 peluang pekerjaan di Intel dan 5000 pekerjaan dalam bidang pembinaan. Dalam masa yang sama, Tengku Zafrul komited untuk bekerjasama dengan mana-mana syarikat dalam usaha meningkatkan pelaburan di Malaysia

Intel merupakan syarikat pengeluar semi konduktor terbesar di dunia, telah mula melabur di Malaysia pada 1972. Selain itu, Intel juga merupakan antara perintis industri E&E di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN