Close

iPhone 15 dilaporkan telah memasuki peringkat awal pengeluaran percubaan

Foxconn dilaporkan telah memulakan peringkat awal pengeluaran percubaan untuk iPhone 15. Yang mana, proses ini dilakukan sebelum iPhone 15 memasuki pengeluaran secara besar-besaran lewat tahun ini.

Menurut Economic Daily News, Foxconn dikatakan telah menerima arahan dari Apple untuk memulakan “pengeluaran percubaan mesin baharu” untuk iPhone 15 dan juga pengenalan produk baharu (NPI) untuk peranti tersebut.
Peringkat awal pengeluaran percubaan ini adalah proses yang sangat penting untuk Apple. Melibatkan pengilang dan juga pembekal, dalam masa yang sama menguji mesin baharu serta memperhalusi proses jaminan kualiti.
Selain itu, proses pengenalan produk baharu (NPI) ini dibuat untuk mengurangkan jurang garis masa pengeluaran antara China dan India. Yang mana sebelum ini, Apple memulakan pengeluaran di China enam hingga sembilan bulan sebelum India.
Siri iPhone 15 dijangka akan ditawarkan dalam empat varian iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Ultra. iPhone 15 Pro dijangka hadir dengan peningkatan yang menyeluruh berbanding iPhone 15.

ARTIKEL BERKAITAN