Close

iPhone 15 Pro dilaporkan hadir dengan bezel yang lebih nipis dan sisi jenis melengkung

Apple dijangka akan membawakan perubahan reka bentuk yang lebih ketara pada siri iPhone 15. Yang mana, reka bentuk pada siri iPhone 13 dan siri iPhone 14 dilihat tiada sebarang perubahan ketara dan tidak dapat dibezakan dengan hanya sekali pandang.

Well I have the result for the display design of the iPhone 15 series.
– all iPhone 15 series will have the same display sizes as iPhone 14 series
– pro 15 will have thinner bezels with curve edges, display is still flat tho, only the bezels is curve

— ShrimpApplePro 🍤 (@VNchocoTaco) January 21, 2023

 

Terkini, menurut pakar tiris ShrimpApplePro. Siri iPhone 15 Pro dijangka akan hadir dengan bezel yang lebih nipis dan juga rekaan sisi yang melengkung. Namun begitu, iPhone 15 Pro masih lagi menggunakan rekaan skrin jenis rata dan hanya bezel sahaja yang akan melengkung.

Semua model iPhone 15 akan menggunakan rekaan sisi melengkung dan hadir dengan saiz skrin yang sama seperti siri iPhone 14. Seperti laporan sebelum ini, semua model iPhone 15 akan tampil dengan ciri Dynamic Island.

ShrimpApplePro turut menyatakan yang iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Ultra akan mempunyai skrin yang sangat cantik dengan bezel yang nipis dan sisi melengkung mirip seperti rekaan skrin pada Apple Watch 8.

Walaubagaimanapun, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan memandangkan hari pelancaran iPhone 15 masih lagi panjang. Namun, melalui laporan ini sedikit sebanyak memberi bayangan awal mengenai generasi iPhone yang seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN