Close

iPhone 16 Pro dilaporkan akan hadir dengan Face ID di bawah skrin

Biarpun siri iPhone 15 belum lagi dilancarkan. Namun, telah ada beberapa laporan mengenai iPhone 16 Pro telahpun tertiris.

Menurut The Elec, Apple dijangka akan membawakan teknologi Face ID di bawah skrin pada iPhone 16 Pro yang akan memberikan penggunaan paparan yang maksimum. Teknologi Face ID di bawah skrin akan kelihatan seperti paparan biasa apabila tidak digunakan.

Apple dikatakan masih akan mengekalkan kedudukan kamera swafoto pada iPhone 16 Pro. Namun, ia akan hadir dengan skrin dan sensor yang dipertingkat. Selain itu, Apple dijangka akan menggunakan kamera swafoto di bawah skrin (UDC). Tetapi, teknologi tersebut hanya akan tersedia pada generasi iPhone yang seterusnya.

Walaubagaimanapun, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan memandangkan yang iPhone 15 belum lagi dilancarkan. Namun, melalui laporan ini sedikit sebanyak memberi bayangan awal mengenai generasi iPhone yang seterusnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN