Close

Kemas kini iOS 16.3 kini tersedia untuk semua pengguna

Sumber : 9to5Mac

Apple hari ini melepaskan kemas kini i0S 16.3 untuk semua pengguna mereka. Melalui kemas kini, ia membawakan sejumlah penyelesaian pepijat dan juga penyelesaian kepada masalah skrin pada iPhone 14 Pro.

Selain itu, kemas kini juga hadir dengan beberapa penambahbaikkan dan fungsi baharu seperti Security Key, Unity Wallpaper, sokongan HomePod dan juga perubahan pada Emergency SOS.

Selain iPhone, kemaskini ini juga tersedia untuk pengguna iPad melalui iPadOS 16.3. Untuk memasang kemaskini pergi ke Setting > General > Software Update > Download dan Install.

ARTIKEL BERKAITAN