Close

Kereta Elektrik pertama Xiaomi dilaporkan sedang diuji

Kereta Elektrik pertama dari Xioami yang dipanggil sebagai “Modena” dilaporkan sedang diuji di China.


Berdasarkan dari perkongsian media tempatan China, memperlihatkan dua unit Modena dikesan semasa ujian musim sejuk di China. Ujian tersebut dibuat untuk menguji prestasi bateri dalam situasi sejuk dan juga kemampuan pengendalian dalam keadaan bersalji.

Dengan ujian yang telah mula dilakukan ia memberikan gambaran yang Modena mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.

Modena dijangka akan ditawarkan dalam tiga varian. Dua varian asas akan menggunakan bateri blade BYD LFP, manakala untuk model premium menggunakan bateri CATL Qilin yang terbaru. Dari segi harga jualan, bermula dari (RMB260,000 – RMB350,000) RM167,000 sehingga RM225,000 dengan penjualan pertama dijangka pada suku pertama 2024.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN