Close

Kos penukaran bateri iPhone akan meningkat bermula 1 Mac ini

Apple melalui laman web rasmi mereka mengumumkan yang kos penukaran bateri akan meningkat bermula pada 1 Mac 2023. Kenaikkan kos penukaran bateri ini melibatkan semua model iPhone, kecuali siri iPhone 14.

Kenaikkan sebanyak $20 (RM87) dikenakan menjadikan kos baharu penukaran bateri adalah $89 (RM390) untuk iPhone X, siri iPhone 11, siri iPhone 12 dan siri iPhone 13, sebelum ini $69 (RM303). Manakala, untuk model yang lebih lama seperti iPhone SE, iPhone 8 dan terdahulu kos baharu adalah $69 (RM303) yang mana sebelum ini adalah $49 (RM215),

Walaubagaimanapun, kenaikkan kos penukaran bateri ini hanya diumumkan di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini. Sementara untuk pengguna di Malaysia, anda perlu merujuk kepada pihak pengedar seperti Machines, Switch dan lain-lain.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN