Close

KPDN akan kenakan tindakan kepada penjual kad TNG yang menjual melebihi harga yang ditetapkan

Antara garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kepada Touch ‘n Go (TNG) adalah berkenaan dengan penjualan kad TNG yang melebihi harga yang ditetapkan.

Berikutan dari itu, KPDN melalui Bahagian Penguatkuasa akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang menjual kad TNG melebihi harga yang telah ditetapkan.
Permasalahan ini terjadi kerana pembelian melalui platform rasmi adalah sangat sukar dan ditawarkan dengan kuantiti yang terhad. Berikutan dari itu, terdapat pihak mengambil kesempatan menjual dengan harga yang tidak masuk akal.
Selain itu, KPDN turut mengarahkan TNG untuk menurunkan semua iklan penjualan kad TNG tidak rasmi dari semua platform atas talian. 

TNG turut diberikan tempoh selama seminggu untuk mengeluarkan pelan tindakan susulan bermula dari hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN