Close

Lebih dari 20 negeri di Amerika Syarikat haramkan TikTok

Lebih dari 20 negeri di Amerika Syarikat telah mengharamkan TikTok pada peranti kerajaan atas alasan kebimbangan mengenai keselamatan siber.

Berikutan dari itu, buku panduan kerajaan negeri di Amerika Syarikat telah dikemaskini untuk menghalang pekerja daripada menggunakan peranti yang diuruskan kerajaan untuk mengakses aplikasi milik China melainkan untuk urusan penguatkuasaan undang-undang


Selain dari TikTok, terdapat beberapa negeri turut mengharamkan vendor, produk dan perkhidmatan daripada syarikat China lain termasuk Huawei Technologies, Hikvision, Tencent Holdings – pemilik WeChat, ZTE Corp serta Kaspersky Lab yang berpangkalan di Russia.


Arahan untuk mengharamkan TikTok daripada peranti kerajaan telah mendapat sambutan yang mengalakan selepas Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS, Christopher Wray berkata aplikasi tersebut boleh dimanipulasi oleh China sekaligus dapat mengancam keselamatan negara.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN