Close

Lenovo ThinkPhone dilancarkan – Snapdragon 8+ Gen 1, kamera 50MP dan bateri 5000mAh

Pada acara CES 2023, Lenovo telah memperkenalkan telefon pintar baharu iaitu Lenovo ThinkPhone. Telefon pintar ini dibina berasaskan kepada komputer riba ThinkPad X1 Extreme Gen 5. Yang mana ia membawakan reka bentuk yang unik bersama binaan tahan lasak.

Untuk spesifikasi, Lenovo ThinkPhone dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.6-inci pOLED FHD+, dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 12GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Menggunakan tetapan tri-kamera 50MP + 13MP + 2MP dengan kamera swafoto 32MP. Bateri 5000 mAh yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 68W dan 15W tanpa wayar.

Seperti yang diperkatakan di awalan, telefon pintar ini hadir dengan reka bentuk unik dan binaan tahan lasak. Yang mana ia tampil dengan binaan gentian aramid pada panel belakang, aluminium aircraft-grade pada bingkai dan menggunakan Gorilla Glass Victus pada paparan. Ia juga mempunyai penarafan IP68 dan juga piawaian tahan lasak MIL STD 810H.

Peranti ini juga turut hadir dengan sistem keselamatan ThinkShield dan juga sistem Moto Threat Defense. Fungsi keselamatan lain seperti Moto Secure dan Moto KeySafe turut dimuatkan untuk kawalan dan pemantauan oleh pengguna termasuk perlindungan anti-godam.

Beberapa fungsi menarik turut disertakan yang membolehkan ThinkPhone dan ThinkPad diintegrasikan melalui fungsi seperti Think 2 Think, Instant Connect, File Drop, Instant Hotspot, Unified Clipboard dan lain-lain.

Lenovo ThinkPhone dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi dan akan dijual di beberapa pasaran seperti Amerik Syarikat, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah, Australia dan negara terpilih Asia. Dari segi harga jualan dan ketersediaan peranti ini masih belum didedahkan.

ARTIKEL BERKAITAN