Close

LG dilaporkan akan menjadi Pembekal MikroLED untuk Apple Watch Ultra

MikroLED adalah skrin tersuai yang akan dihasilkan oleh Apple, dikatakan mempunyai jangka hayat lebih panjang dan juga tahap kecerahan yang lebih tinggi. Namun begitu, Apple tidak akan melakukan proses penuh penghasilan skrin, sebaliknya akan terus bergantung kepada pembekal.
Berikutan dari itu, terdapat laporan menyatakan yang Apple memilih LG untuk menjadi pembekal dalam penghasilan skrin tersuai. Apple dijangka akan mula menggunakan mikroLED pada peranti mereka bermula dengan Apple Watch Ultra.
Apple Watch Ultra generasi baharu dilaporkan akan hadir dengan skrin mikroLED yang lebih besar iaitu 2.1-inci berbanding model sebelumnya dengan skrin OLED 1.92-inci. Dijangka akan dilancarkan pada September 2025.
Selain Apple Watch Ultra, Apple turut merancang untuk menggunakan skrin mikroLED pada peranti lain seperti iPhone, iPad dan juga Mac.

ARTIKEL BERKAITAN