Close

Maybank perkenalkan fungsi “Kill Switch” – Nyahaktif akaun dengan satu klik

Maybank hari ini memperkenalkan fungsi baharu pada aplikasi MAE yang dipanggil sebagai “Kill Switch”. Fungsi ini membolehkan pengguna menyahaktifkan akaun Maybank2U dengan hanya satu klik sahaja.

Fungsi ini boleh diaktifkan melalui Maybank2u atau aplikasi MAE, selepas fungsi ini diaktifkan akaun pengguna akan didaftar keluar secara automatik daripada semua sesi dalam talian yang aktif. Untuk mengaktifkan semula akaun Maybank2u, ia boleh dilakukan melalui panggilan telefon atau di cawangan bank.
Semasa fungsi ini diaktfikan, pengguna masih lagi boleh mengakses beberapa perkhidmatan lain seperti pengeluaran wang di ATM, pembayaran melalui kad fizikal dan juga transaksi yang telah dijadualkan.
Fungsi dilihat dapat meningkatkan lagi keselamatan dalam masa yang sama dapat menangani masalah penipuan dalam talian dengan lebih efisien. Untuk mula menggunakan fungsi ini, pengguna perlu mengemaskini aplikasi MAE kepada yang terkini terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN