Close

MIUI 14 kini tersedia untuk pengguna Xiaomi 12


Selepas diumumkan sebulan yang lalu, kemaskini MIUI 14 akhirnya tiba untuk semua pengguna Xiaomi 12.



MIUI 14 hadir dengan sejumlah perubahan dari segi antaramuka, peningkatan prestasi dan lebih optimum. Selain itu, MIUI 14 juga dikatakan 60% lebih lancar berbanding dari MIUI 13Turut hadir dengan beberapa fungsi menarik seperti Photo Engine, Ultra-Pure System, widget baharu, privasi yang lebih baik, control center baharu dan lain-lain. 

Dalam masa yang sama, kemaskini ini juga menyertakan kemaskini keselamatan untuk bulan Januari.

Walaubagaimanapun, kemaskini MIUI 14 untuk Xiaomi 12 buat masa ini hanya tersedia secara manual. Kemaskini melalui OTA dijangka akan diberikan secara berperingkat dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN