Close

MYAirline tawar 10,000 tempat duduk dengan harga RM0

Syarikat penerbangan tambang rendah baru iaitu MYAirline telah melancarkan promosi yang menawarkan RM0 untuk 10,000 tempat duduk kepada semua pelanggan.

Promosi tersebut berlangsung selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Januari  2023 dengan tempoh perjalanan dari sekarang sehingga 31 Julai 2023. 10,000 tempat duduk tersebut diberikan untuk penerbangan domestik yang meliputi KL, Langkawi, Pulau Pinang, Kota Bharu, Kuching, Miri, Sibu, Tawau, dan Kota Kinabalu.

Namun begitu, harus diingatkan promo ini tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api, caj perkhidmatan kawal selia dan sebarang bayaran lain yang berkenaan. 

Promosi ini adalah terhad, sekiranya anda terlepas peluang untuk mendapatkan 10,000 tempat duduk percuma, jangan risau kerana MYAirline masih menyediakan penerbangan domestik dengan tambang yang rendah.

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, layari laman web rasmi MYAirline.

ARTIKEL BERKAITAN