Close

National Geographic antara rancangan yang akan ditamatkan oleh Astro

Bermula pada 1 Februari 2023, Astro bakal menamatkan beberapa rancangan termasuklah National Geographic.

@syafiq_izwan Hi. National Geographic Wild (Ch 550), National Geographic Channel (Ch 551), Boomerang (Ch 619) and TA-DAA! (Ch 612) will cease at 00:01, 1 February 2023. ^heny

— Astro (@astroonline) January 15, 2023

 

Perkara tersebut disahkan oleh Astro melalui tweet balas kepada pelanggan. Melalui tweet tersebut, Astro mengesahkan empat rancangan akan ditamatkan iaitu National Geographic Wild (Ch 550), National Geographic Channel (Ch 551), Boomerang (Ch 619) dan TA-DAA! (Ch 612).

Alasan utama Astro menamatkan rancangan tersebut adalah untuk terus memberikan kandungan yang lebih terkini dalam masa yang sama memperkukuh tawaran kandungan mengikut landskap hiburan global.

Namun begitu, rancangan yang ditamatkan akan diganti dengan beberapa rancangan lain seperti Global Trekker, Love Nature, Dreamworks dan CBeebies.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN