Close

Netflix bakal hadir dengan pelan berbayar untuk perkongsian kata laluan

Netflix kini sedia untuk menamatkan era perkongsian kata laluan pada pengguna yang berkongsi akaun kepada pengguna yang bukan tinggal dibawah satu bumbung.

Perkara tersebut merujuk kepada pengumuman terbaru Netflix, yang mana syarikat tersebut akan memperkenalkan pelan berbayar untuk perkongsian kata laluan. Pelan ini memerlukan pengguna untuk membuat bayaran lebih sekiranya mahu berkongsi kata laluan kepada pengguna lain.
Dengan pengenalan pelan baharu ini, Netflix menjangkakan akan ada pembatalan akaun dalam jumlah yang besar. Namun, pelan ini adalah alternatif terbaik buat masa ini untuk menjana pendapatan syarikat tersebut.
Walauabagaimanapun, Netflix tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai harga langganan untuk pelan tersebut. Pelan baharu ini dijangka akan dilancarkan pada suku pertama 2023.

ARTIKEL BERKAITAN