Close

Nothing Phone (2) dilaporkan akan hadir dengan spesifikasi dan rekaan yang lebih premium

Jika sebelum ini, pengasas Nothing iaitu Carl Pei menyatakan yang syarikat tersebut tidak akan melancarkan Nothing Phone (2) dalam masa terdekat kerana memfokuskan kepada produk sedia ada.

Terkini, menerusi satu temuramah eksklusif bersama Inverse. Carl Pei mendedahkan yang Nothing Phone (2) dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun 2023 dan memfokuskan kepada pasaran Amerika Syarikat.

Carl Pei turut menyatakan yang Nothing Phone (2) adalah lebih premium dari model sebelumnya. Selain itu, ia juga dikatakan akan membawakan pengalaman perisian yang lebih baik pada Nothing Phone (2).


Namun begitu, Carl Pei tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran untuk Nothing Phone (2). Tetapi ia dilaporkan akan dilancarkan pada tahun ini.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN