Close

OnePlus 11 dijangka akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

OnePlus 11 telahpun dilancarkan secara rasmi di China pada 6 Januari dengan pelancaran untuk peringkat global pula akan berlangsung pada 7 Febuari di India.



Biarpun, OnePlus Malaysia belum lagi mengumumkan sebarang tarikh pelancaran di Malaysia. Namun, peranti tersebut dilaporkan telah melepasi SIRIM Malaysia pada 17 Januari lalu. Ia sekaligus mengesahkan yang OnePlus 11 semakin hampir untuk dilancarkan di Malaysia.


OnePlus 11 hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED LTPO 3.0, cip Snapdragon 8 Gen 2,  RAM 16GB LPDDR5X, storan 512GB UFS 4.0 dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.



Untuk fotografi, OnePlus 11 masih mengekalkan penjenamaan Hasselblad dan masih menggunakan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP + 48MP ultra lebar + 32MP telefoto. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesars 16MP.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN