OnePlus 11 hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED LTPO 3.0 dengan resolusi 1440p. Menyokong paparan sehingga 120Hz, HDR10+ dan kecerahan puncak sehingga 1300 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalam sehingga 512GB UFS 4.0.
Untuk fotografi, OnePlus 11 masih mengekalkan penjenamaan Hasselblad dan masih menggunakan tetapan tri-kamera iaitu 50MP + 48MP ultra lebar + 32MP telefoto. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesars 16MP. Melengkapkan peranti, bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 100W.
Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, NFC, Bluetooth 5.3, Wi-Fi 6, pembesar suara stereo, menjalankan Color OS 13 berasaskan Android 13 dan juga X-axis vibration motor.
Untuk harga jualan, OnePlus 11 dijual pada harga CNY3,999 (RM2257) 12GB + 256GB, CNY3,999 (RM2813) 16GB + 25GB dan CNY4,899 (RM3132) 16GB + 512GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Green dan Black. Buat masa ini, OnePlus 11 hanya tersedia untuk pasaran China sahaja.