Close

OnePlus 11 Pro tiada dalam perancangan OnePlus


OnePlus baru sahaja melancarkan peranti andalan mereka iaitu OnePlus 11. Pada acara tersebut, OnePlus hanya mengumumkan satu model sahaja dan ianya bukan model Pro seperti mana sebelum ini. Ketiadaan model Pro pada barisan OnePlus 11 sedikit sebanyak menjadi persoalan kepada pengguna.


Bagi menjawab kepada persoalan tersebut, Presiden kepada OnePlus China menyatakan yang OnePlus 11 Pro tiada dalam perancangan mereka sebaliknya hanya model OnePlus 11 sahaja sebagai peranti andalan untuk OnePlus pada tahun ini.

Perkara ini tidaklah mengejutkan, kerana spesifikasi OnePlus 11 dilihat sangat berkuasa seperti model Pro iaitu dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, skrin AMOLED LTPO 3.0, 16GB RAM LPDDR5X, storan dalaman 512GB UFS 4.0. kamera Hasselblad, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas berwayar 100W.

Seperti Apple yang menilai semula barisan iPhone akan datang, OnePlus juga dilihat mungkin melakukan perkara yang sama dengan tidak melancarkan model Pro untuk OnePlus 11 atau mungkin OnePlus kini lebih memfokuskan kepada kualiti daripada kuantiti. Namun yang masih menjadi tanda tanya adalah, mengenai OnePlus 11T adakah ia akan dilancarkan atau sebaliknya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN