Close

OnePlus dedahkan rekaan OnePlus Pad

OnePlus telahpun mengesahkan yang mereka melancarkan tablet pertama mereka iaitu OnePlus Pad bersama dengan OnePlus 11 pada 7 Februari ini secara global.

Sumber : MySmartPrice

Biarpun tiada sebarang maklumat spesifikasi yang didedahkan mengenai OnePlus Pad. Namun, OnePlus hari ini secara rasmi mendedahkan rekaan OnePlus Pad melalui laman web rasmi mereka.

Sumber : MySmartPrice

Berdasarkan dari imej yang dikongsi, memperlihatkan rekaan panel belakang OnePlus Pad berwarna hijau dengan kamera bulat yang terletak di tengah. Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah ia akan menggunakan tetapan dwi-kamera atau sebaliknya.

Sumber : MySmartPrice

Pada bahagian hadapan, dapat dilihat yang OnePlus Pad hadir dengan skrin bersaiz 11.6-inci bersama dengan bezel yang nipis. Kamera swafoto diletakkan di sebelah kanan memudahkan untuk digunakan dalam mod landskap. Selain itu, OnePlus Pad dikatakan menggunakan binaan dari logam. Seperti biasa, lebih maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN