Close

OnePlus Pad dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi

Sumber : techdroider

OnePlus nampaknya bakal mengembangkan portfolio syarikat mereka dengan memperkenalkan Tablet pertama mereka tidak lama lagi.

Menurut beberapa laporan, Tablet pertama dari OnePlus dikatakan telah memasuki fasa ujian persendirian di India. Yang mana Tablet tersebut telah dikesan dengan menggunakan kod nama “Aries”. Sekaligus memberikan gambaran yang OnePlus Pad semakin hampir untuk dilancarkan.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi didedahkan. Namun, OnePlus Pad dijangka akan membawakan spesifikasi yang sama seperti Oppo Pad Air hadir dengan cip Snapdragon 680, skrin 7.1-inci IPS LCD dan bateri 7100mAh. Seperti biasa, akan lebih maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN