OnePlus V Fold dan V Flip adalah nama peranti boleh-lipat OnePlus - FUZZ.MY

Tuesday, January 31, 2023

OnePlus V Fold dan V Flip adalah nama peranti boleh-lipat OnePlus

OnePlus nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam arena peranti boleh-lipat apabila memfailkan tanda dagang untuk peranti boleh-lipat mereka OnePlus V Fold dan OnePlus V Flip.


 

Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai rekaan atau spesifikasi yang akan digunakan pada peranti tersebut. Kami menjangkakan, kita akan melihat rekaan awal kedua-dua peranti dalam masa terdekat.



Seperti yang kita tahu, Oppo dan OnePlus berada  di bawah satu bumbung yang sama. Jadi, berkemungkinan OnePlus V Fold dan OnePlus V Flip akan membawakan rekaan dan spesifikasi yang sama seperti Oppo Find N2 dan Oppo N2 Flip.